Sunday, 11 May 2014

BEST FRIEND FOREVER (BFF ) DI KOLEJ

Aku mula mengenali Nurul Aizatul ketika hari pertama aku menghantar barang ke rumah sewa aku di Pandan Jaya seminggu sebelum aku pindah masuk ke sana awal bulan 10 tahun lepas kerana aku kesiankan ayah yang terpaksa ulang alik dari Kajang ke Taman Maluri untuk menjemput aku di Kolej selepas aku tamat kuliah di kolej.Rumah sewa aku di Pandan Jaya ini pun Mummy aku yang tolong carikkan dengan bantuan anak saudaranya yang kebetulan belajar satu kolej juga dengan aku di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic,Taman Maluri,Cheras kalau tidak aku sendiri tak tahu aku akan menyewa di mana kerana hanya rumah sewa aku di Pandan Jaya sahaja sewa bulanannya murah sedikit dari Apartment Casa Ria yang terletak betul -betul di hadapan kolej kami.

Pada mula-mula aku masuk ke rumah sewa aku di Pandan Jaya aku seorang yang pemalu dengan rakan serumah pun aku jarang bertegur sapa kerana mereka merupakan senior aku di kolej dan aku pula adalah junior mereka di kolej.Nurul Aizatul adalah orang pertama yang rajin datang bilik aku borak-borak dengan aku dan sebagainya.Tetapi perasaan malu aku masih ada ketika itu kerana aku seorang yang pemalu dengan orang yang belum aku kenal lagi.Tetapi lama kelamaan malu aku semakin berkurangan dan hubungan aku dengan Nurul Aizatul bertambah rapat pada bulan Oktober 2013 sebelum cuti akhir semester bermula kerana sejak itu aku dengan Nurul Aizatul mula keluar makan dan lepak bersama-sama dan sejak dari itu hubungan persahabatan kami rapat sehingga kini

Dan apabila naik semester baru pada awal bulan Disember 2013 rakan serumah aku yang lain terkejut kerana sifat pemalu yang ada pada diri aku pada semester yang lalu hilang begitu sahaja kerana apabila naik semester perangai aku lain kerana sejak dari naik semester yang baru aku asyik mengacau rakan serumah aku yang lain,meriuhkan rumah sewa aku di Pandan Jaya dengan bebelan,jeritan dan sebagainya di rumah sewa aku di Pandan Jaya.Nurul Aizatul pun terkejut bila naik semester baru nie Nurul Aizatul cakap aku punya sifat malu-malu kucing sudah hilang kucing pula yang malu dengan aku hahahahaha kurang asam punyer Nurul Aizatul tapi memang kenyataan pun apa yang Nurul Aizatul cakap tu memang benar.Sejak dari itu aku dengan Nurul Aizatul sering keluar ke mana- mana bersama- sama boleh dikatakan di mana ada aku di situ Nurul Aizatul akan berada juga kami ibarat seperti adik beradik.Dan aku dah anggap Nurul Aizatul sebagai adik aku kerana aku tiada adik perempuan dalam keluarga yang ada hanya adik tiri lelaki.Di rumah sewa jika Nurul Aizatul ada masalah aku sedia mendengar masalah dia dan aku akan tolong setakat mana yang aku mampu tolong.Kadang-kadang jika aku ada masalah aku pun aku akan ceritakan masalah aku pada Nurul Aizatul juga kerana kami berdua adalah best friend forever ( BFF )

Dan sejak naik semester baru nie Nurul Aizatul sudah beberapa kali ikut aku balik ke Kajang kerana aku tahu jika aku tiada di rumah sewa dia akan berasa bosan kerana tiada orang yang menyakat dia sehingga dia merajuk,masak maggi khas untuk dia,mengambil berat tentang diri dan kesihatan dia di sana kerana aku tahu Nurul Aizatul tak berapa sihat seperti rakan serumah kami yang lain kepada rakan serumah yang lain jangan terasa bila akak bawak Nurul ke Kajang

KISAH SILAM AKU SEBELUM SAMBUNG BELAJAR DI KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETIC (KTAC),TAMAN MALURI,CHERAS

Selepas 2 minggu ayah dan mummy bernikah aku mendaftar untuk sambung belajar di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic (KTAC),Taman Maluri dan aku memilih jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Katering kerana memang minat aku sejak dulu lagi di dalam bidang masakan.Sebelum ini selepas tamat sekolah menengah aku terus memohon untuk masuk ke Giat Mara aku memohon kursus Masakan dan Pramusaji di mana ia melibatkan bidang masakan dan bidang penghidangan yang ada di dalam industri perhotelan di sini aku hanya mengambil sijil kemahiran tahap 1.Di mana aku belajar di Giat Mara hanya selama 6 bulan sahaja di sini aku hanya belajar perkara asas seperti menghidang cara Melayu,menghidang cara Cina,menghidang cara India dan banyak lagi manakala bagi masakan pula aku banyak belajar masakan melayu dan juga masakan barat bagi hidangan utama,dessert dan appetizer di sini banyak pengalaman yang aku dapat untuk aku praktikkan di dalam bidang masakan dan perhotelan 

Selepas 2 minggu aku habis Giat Mara aku menerima tawaran sambung belajar Pra Diploma Perdagangan di Universiti Teknologi Mara ( UITM ) kampus Melang cawangan Negeri Sembilan.Pada masa itu aku gembira tapi sedih sebab aku baru sahaja habis belajar di Giat Mara tiba - tiba dapat tawaran belajar dalam masa yang singkat memamg mengejutkan aku kerana aku baru sahaja ingin membebaskan tekanan yang aku hadapi sepanjang aku belajar di Giat Mara.Pada masa yang sama ahli keluarga aku menyuruh aku sambung belajar di Universiti Teknologi Mara ( UITM ) kampus Melang cawangan Negeri Sembilan kerana ini peluang aku untuk sambung belajar di Universiti Teknologi Mara ( UITM ) walaupun hanya Pra Diploma tetapi mungkin ada rezeki aku untuk sambung belajar di Universiti Teknologi Mara kampus lain dan cawangan lain.Pada mulanya aku memberitahu ayah yang aku tak nak pergi ke Universiti Teknologi Mara ( UITM ) kerana hati aku belum ada keinginan untuk sambung belajar lagi selepas habis Giat Mara tetapi atas nasihat keluarga aku pergi juga ke Universiti Teknologi Mara kampus Melang cawangan Negeri Sembilan kerana aku malas nak bertelagah dengan keluarga aku terutama sekali kakak aku.Ketika belajar di Universiti Teknologi Mara nie aku banyak belajar erti persahabatan yang sebenar,belajar untuk hidup berdikari dan sebagainya tetapi aku tetap akan balik ke Kajang setiap minggu tidak kira sama ada program atau tidak di kampus aku dan jika tidak pun aku akan balik ke kampung arwah mak aku di Kampung Bukit Kerdas,Batu Kikir,Negeri Sembilan kerana kampus Universiti Teknologi Mara aku dekat dengan kampung arwah mak aku.

Namun keputusan peperiksaan akhir aku di Pra Diploma tidak mengizinkan aku untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma di Universiti Teknologi Mara kerana gred purata keputusan peperiksaan akhir aku tidak melayakkan aku untuk menyambung pelajaran aku ke peringkat Diploma.Apabila keluarga aku bising tentang kegagalan aku untuk menyambung pelajaran aku ke peringkat Diploma di Universiti Teknologi Mara ( UITM ) aku hanya mendiamkan diri kerana aku malas nak bertelagah pasal benda yang sudah menjadi bubur.Namun pada masa yang sama kakak aku mengamuk sakan dengan aku kerana dia yang memohonkan kemasukan aku ke Pra Diploma di Universiti Teknologi Mara dan apabila aku tahu yang dia yang mohonkan aku mengamuk sakan kerana dia mohon kemasukan aku ke Pra Diploma tersebut tanpa pengetahuan dan bertanya kepada aku dulu sama ada aku setuju atau tidak dengan dia tolong mohonkan aku kemasukan ke Pra Diploma tersebut.Kakak aku terus terdiam kerana dia tahu memang salah dia kerana buat keputusan untuk aku tanpa berbincang dengan aku terlebih dahulu.Memang menjadi kemarahan aku jika seseorang membuat keputusan untuk aku tanpa berbincang terlebih dahulu dengan aku sebagai tuan empunya badan.


Monday, 5 May 2014

KENAPA AKU MENYEPIKAN DIRI DARI DUNIA BLOG

Setelah sekian lama aku menghilang diri dari dunia blog kini aku kembali mengaktifkan diri di dunia blog.Aku menghilangkan diri kerana ada masalah keluarga di mana masalah ini timbul disebabkan ayah aku menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi selepas 5 tahun ayah keseorangan tanpa ditemani seorang isteri setelah kami semua kehilangan permata yang kami sayangi di dalam keluarga kami iaitu ibu 5 tahun yang lalu.Arwah ibu meninggalkan kami sekeluarga pada 21 februari 2009 kerana arwah ibu menghidap kanser paru-pary tahap keempat di mana kami sekeluarga dapat tahu mengenai penyakit arwah ibu kami kira-kira 2 minggu sebelum arwah ibu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang.Pada ketika itu aku masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian,Kajang  di Tingkatan 5 dan pada tahun itu juga aku akan  menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di mana bagi diri aku adalah peperiksaan yang penting bagi diri aku kerana ia adalah penentu masa depan aku.Aku tetap redha dengan takdir ALLAH yang telah ditetapkan olehNYA kepada keluarga kami.

Selepas arwah ibu meninggalkan aku meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini kehidupan aku berubah kerana hilangnya kasih sayang dan perhatian seorang ibu di dalam kehidupan aku kerana pada ketika usia 17 tahun aku masih memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang ibu untuk mengelakkan aku daripada terpengaruh dengan budaya negatif di luar sana.Sejak arwah ibu tiada aku dan kakak sering bergaduh kerana hanya disebabkan hal yang kecil kerana sejak arwah ibu ada lagi aku dan kakak sering bergaduh tetapi tidak melibatkan senjata tajam sepeti pisau,gunting dan sebagainya tetapi sejak arwah ibu tiada lagi senjata tajam sering menjadi alat untuk aku baling ke arah kakak aku ketika kami sedang bergaduh kebetulan pula aku seorang yang panas baran begitu juga kakak aku jadi bila kami bergaduh tiada siapa yang menang dan tiada siapa yang kalah kerana kami berdua akan diam bila masing-masing dah x ada idea untuk melawan antara satu sama lain 

Tapi keadaan sama sekali berubah apabila ayah memberitahu kakak dan aku yang dia hendak berkahwin lagi pada 15/06/2013.Pada mulanya ayah hanya memberitahu aku sebulan sebelum majlis kahwin ayah.Aku pada mulanya tak percaya yang ayah akan berkahwin lagi selepas arwah ibu meninggal dunia dan hampir seminggu jugak aku tak bertegur dengan ayah kerana marah ayah ingin berkahwin lagi tetapi lama-kelamaan aku belajar menerima kenyataan yang ayah akan berkahwin.Tetapi ayah dan aku mengambil keputusan untuk merahsiakan dahulu dari kakak aku tapi malangnya ayah suruh anak buah aku yang sulung memberitahu mama dia yang ayah nak kahwin lagi bila aku balik rumah kakak aku lepas tutup kedai aku tunggu jew bila kakak aku nak tanya pasal ayah nak kahwin lagi setelah hampir 2 hari aku menunggu akhirnya kakak aku tanya dengan aku betul ke yang ayah nak kahwin bulan 6 nanti.Aku hanya cakap betul lah then dia tnya bakal mak tiri aku ni asal mana,umur berapa,asal mana,kerja apa,anak berapa dan macam-macam lagi dan aku rasa ada soalan dia yang tiada kena mengena dengan soal ayah nak kahwin lagi sebab bagi aku cukuplah aku lihat ayah aku bahagia dengan bakal mak tiri aku tetapi tidak bagi kakak aku kerana dia takut bakal mak tiri aku habiskan duit ayah yang tidaklah banyak mana 

Sebulan sebelum ayah dan bakal mak tiri aku nikah ayah bawak aku jumpa bakal mak tiri aku di Plaza Metro Kajang.Ketika itu aku nak tebus rebet telefon pintar Rm 250 untuk belia berusia 21 tahun ayah beritahu ketika dalam perjalanan nak ke sana ayah cakap yang ayah ajak bakal mak tiri aku ke Plaza Metro Kajang aku yang dengar terkejut sebab aku hanya berpakaian biasa jew untuk ke sana sebab pada sangkaan aku hanya aku dengan ayah jew yang pergi ke Plaza Metro Kajang rupa-rupanya dalam diam ayah telah ajak bakal mak tiri aku sekali tapi aku tidak kisah kerana sebelum ini aku yang beria-ria cakap dengan ayah aku yang aku teringin nak jumpa bakal mak tiri aku.Bila nak jumpa bakal mak tiri aku kali pertama perasaan takut dan risau tu memang ada dalam diri aku ketika itu kerana ini kali pertama aku akan berjumpa bakal mak  tiri aku di depan mata.Bila dah jumpa bakal mak tiri aku secara depan mata aku tak sangka yang bakal mak tiri aku seorang yang sporting.Ayah tanya pada bakal mak tiri aku nanti tikah nie nak panggil awak apa cik Awin or aunty Awin.Bakal mak tiri aku cakap x payah nk pnggil cik Awin or aunty Awin panggil Mummy Awin sebab bakal mak tiri aku tak nak ada jurang antara hubungan aku dengan dia hanya kerana panggilan yang berbeza sebab anak bakal mak tiri aku panggil dia Mummy.





Wednesday, 23 January 2013

BERJUMPA DENGAN ADIK ANGKAT (HASLIENA)

 Macam mana aku boleh berjumpa dengan Hasliena yang merupakan adik angkat aku ianya hanya secara kebetulan kerana keluarga aku merancang untuk mengadakan  Kenduri Tahlil,Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi anak buah aku pada 20 Januari 2013 bersamaan hari Ahad.Pada mulanya aku menelefon Amiza kerana sudah lama kami tidak berjumpa dan aku terus menjemput dia serta ahli keluarganya untuk menghadiri Kenduri Tahlil,Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi anak buah aku.3 hari sebelum Kenduri Tahlil,Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi anak buah aku telah menelefon Amiza sekali lagi untuk mengingatkan dia supaya membawa novel SUAMI AKU USTAZ kerana dulu dia nak bagi semasa kami serta saudara mara yang lain bercuti di Pantai Bagan Lalang,Sepang entah macam mana dia bawak balik novel tu ke rumah dia apa pun tidak boleh (APTB)

Pada masa yang sama dia meminta izin aku untuk membawa Hasliena datang sekali ke Kenduri Tahlil,Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi anak buah aku cakap bawak je tapi Amiza cakap dia tak janji boleh bawak Hasliena kew x sbb dia perlu minta kebenaran dari ibu bapa Hasliena terlebih dahulu kerana Hasliena masih di bawah tanggungan ibu bapanya.Selepas itu aku menelefon Hasliena untuk menjemputnya secara rasmi kerana bagi aku tidak manis jika tuan rumah tidak menjemput tetamunya sendiri dengan hanya mewakilkan pada orang lain.Sehari sebelum Kenduri Tahlil,Doa Selamat dan Sambutan Birthday anak buah aku malam itu memang suasana rumah kami riuh rendah untuk menyiapkan segala persiapan terakhir untuk memastikan majlis tersebut berjalan lancar dan sempurna

Pada sebelah pagi sebelum majlis bermula aku menolong ahli keluarga yang mana perlu pertolongan dari aku ketika itu untuk memastikan segalanya sempurna.Selepas itu aku menolong pakcik aku yang menyusun meja di bawah khemah dengan menolong pasang alas meja dan juga menyusun kerusi di setiap meja untuk memudahkan tetamu yang hadir menjamu selera dan pada masa yang sama Amiza bersama ahli keluarganya termasuk Hasliena telah sampai aku yang ketika itu hanya memakai t-shirt dan seluar track malu dengan Hasliena dengan keadaan aku tidak ubah seperti ORANG GILA SAHAJA :).Aku menjemput Amiza serta ahli keluarganya serta Hasliena masuk dan aku mengajak Amiza dan Hasliena masuk ke bilik aku di tingkat atas untuk memilih novel untuk mereka berdua pinjam :) selepas itu mereka berdua turun untuk makan nasi lemak dan sebagainya di bawah.Lantas aku segera bersiap untuk melayan tetamu istimewa :) dan selepas Amiza dan Hasliena makan aku berbual kosong dengan dia di ruang tamu 30 minit selepas itu aku menjemput Amiza dan Hasliena makan nasi beriani yang kami tempah dari pihak katering sambil dia makan aku mengacau Hasliena hanya tersenyum senyumannya itu buat aku bertambah geram ( adik liena jangan marah taw akk gurau jew)
hasliena yang memakai tudung berwarna hitam


P/S : ADIK LIENA TERIMA KASIH SEBAB SUDI DATANG LIENA JANGAN MALU - MALU DATANG RUMAH AKAK :)



Friday, 7 September 2012

PENGALAMAN BERJUMPA DENGAN AARON AZIZ (ADAM MUKHRIZ),NADIYA NISAA ( AIN HAWANI) DAN AISYA SOFEA (PENULIS NOVEL ADAM & HAWA )

Pada 2 September 2012 (Ahad ) aku dan akak aku pergi ke One Utama,Damansara untuk berjumpa dengan Aaron Aziz,Nadiya Nisaa yang merupakan pelakon utama dalam drama Adam & Hawa iaitu  sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel karya Aisya Sofea berjudul Adam & Hawa.Kebetulan aku dengan akak aku memang minat gilerr dengan double A bukan Azwan Ali okey tapi Aaron Aziz.Macam mana kami tahu mereka berada di MPH One Utama Biarlah Rahsia bak kata Dato Siti Nurhaliza hehe :).Secara kebetulan kami memang mencari novel Adam & Hawa karya Aisya Sofea di kedai-kedai novel sekitar Kajang tapi malangnya novel tu tiada di kedai novel tersebut kami pulang dengan perasaan hampa :(.Hari Jumaat akak aku tnya nk follow dia pergi One Utama,Damansara ke x aku menjawab x tahu lagi kerana akk aku x bagi tahu  kenapa perlu pergi ke sana.Hari Sabtu akk aku bertanya lagi kepada aku hal yang sama aku tanya kepadanya buat apa pergi One Utama,Damansara dia jawab jumpa dengan Adam Mukhriz watak Aaron Aziz dalam drama Adam & Hawa aku terus bagi jawapan setuju hehe x sabar nk jumpa pelakon yang paling aku minati :)

Kami tiba di One Utama,Damansara dalam jam 12.45 tengah hari tetapi kami mengambil masa selama 15 minit untuk mencari di mana terletaknya MPH cawangan One Utama,Damansara.Bila masuk sahaja dalam MPH One Utama,Damansara kami terus mencaro novel Adam & Hawa tapi malangnya novel tu tiada di rak yang menempatkan novel-novel lain.Lantas kami bertanya kepada petugas MPH One Utama,Damansara di mana terletaknya novel Adam & Hawa.Rupa-rupanya novel Adam & Hawa terletak di belakang cashier dan mujur kami cepat kerana ketika itu hanya terdapat 1 novel sahaja dan ketika aku sedang beratur untuk membayar novel datang lagi novel Adam & Hawa aku menyuruh akak aku mengambil lagi 1 novel Adam & Hawa sebagai persediaan semasa hendak mengambil autograf Adam Mukhriz ( Aaron Aziz ) , Ain Hawani    ( Nadiya Nisaa ),Aisya Sofea ( Penulis Novel Adam & Hawa )

Selepas selesai membuat pembayaran di cashier aku terus pergi beratur untuk mendapatkan autograf dari Adam Mukhriz (Aaron Aziz),Ain Hawani (Nadiya Nisaa),Aisya Sofea ( Penulis Novel Adam & Hawa ).Walaupun terpaksa beratur panjang selama 1 jam 15 minit tetapi aku rasa puas kerana dapat berjumpa dengan Adam Mukhriz (Aaron Aziz),Ain Hawani ( Nadiya Nisaa).Aisya Sofea ( Penulis Novel Adam & Hawa ) di depan mata aku sendiri :)

ADAM MUKHRIZ (AARON AZIZ ) SEDANG AUTOGRAF DI POSTER DRAMA ADAM & HAWA

ADAM MUKHRIZ (AARON AZIZ ) DAN AIN HAWANI ( NADIYA NISAA)

AUTOGRAF DARI  PELAKON DAN PENULIS NOVEL ADAM & HAWA ATAS AUTOGRAF DARI AIN HAWANI ((NADIYA NISAA),ADAM MUKHRIZ (AARON AZIZ) DAN AISYA SOFEA ( PENULIS NOVEL )


Wednesday, 22 August 2012

PENGALAMAN MENYEDIHKAN KETIKA HARI RAYA AIDILFITRI

Pengalaman menyedihkan ini berlaku pada Hari Raya Aidilfitri 3 tahun yang lalu kerana kami sekeluarga baru sahaja kehilangan 3 insan yang penting dalam kehidupan kami bermula dengan ibu kepada ayah iaitu atok Munah 11.08.2008,ayah kepada ayah kami iaitu atuk Yassin (07.02.2009) selang 2 bulan 9 hari dari mak kepada ayah kami.dan ibu kesayangan kami pada (21.02.2009) selang 2 minggu dari ayah kepada ayah kami.Jadi raya tahun 2009 menjadi raya yang sayu bagi aku sekeluarga dan saudara mara sebelah ayah kerana kami semua baru kehilangan orang tersayang kami  pada tahun ini.Namun aku sekeluarga dan saudara mara redha dengan segala ketentuan dari-NYA

Pada tahun ini aku dan keluarga beraya di kampung arwah mak di Negeri Sembilan Darul Khusus,namun raya tahun ini raya paling sunyi dan sayu di kampung Negeri Sembilan kerana selalunya arwah mak menjadi orang penting di dapur menjelangnya Hari Raya Aidilfitri di kampung Negeri Sembilan Darul Khusus.Tetapi pada tahun 2009 kesemua adik beradik arwah menjadi kelam kabut pada pagi raya kerana belum siap masak sepenuhnya pada pagi hari raya kerana selalunya arwah mak akan mengejutkan diaorang 2 - 3 jam awal untuk menyiapkan juadah di pagi raya.Aku pula apabila bangun jew dari tidur pada pagi Hari Raya terus menangis sebaik mendengar Takbir Hari Raya di Televisyen (TV) tiba-tiba hati aku menjadi sayu kerana teringatkan arwah mak yang telah tiada menyambut Hari Raya bersama kami sekeluarga tahun nie :(

Tuesday, 21 August 2012

SUASANA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012

Hari Raya Aidilfitri aku akan beraya di kampung arwah mak di Negeri Sembilan sebelum balik ke kampung ayah di Muar,Johor Darul Takzim pada raya kedua kerana itu adalah jadual pergiliran balik kampung keluarga aku sebelum arwah mak aku meninggal lagi.Pada sebelah malam kampung arwah mak meriah dengan kepulangan saudara mara ke kampung dan berbuka beramai-ramai di halaman rumah uwan bersama saudara mara yang lain selepas berbuka puasa halaman rumah wan dimeriahkan dengan bunyi mercun dan kanak-kanak menjerit keriangan bermain bunga api.

Pada tahun nie tradisi lama dihidupkan kembali oleh Pak Andak yang merupakan adik arwah mak dengan membeli pelbagai bunga api dan mercun.Yang beza tahun nie dan tahun-tahun sebelumnya semua semua sepupu aku tidak menghadap laptop di dalam rumah uwan kerana wireless (WIFI ) rosak semua sudah bosan kerana tidak boleh buat apa2 sebab selalunya WIFI elok masing2 dduk menghadap lptop dan handphone masing-masing untuk melayari internet dan laman sosial facebook (FB) dan sebagainya.

Pada tahun nie tema baju raya kami sekeluarga warna warni :) sebab kami semua beli baju raya di saat akhir menjelang Hari Raya Aidilfitri kerana kesibukan menguruskan Perniagaan Baju Kanak-Kanak dan Keperluan Ibu Mengandung dan Ibu Menyusu.Aku hanya pakai baju raya yang aku tempah pada tahun lepas dan aku tak pakai pada raya tahun lepas.

Pada raya kedua aku dan ayah bertolak balik ke Muar,Johor Darul Takzim untuk berkumpul dengan saudara mara sebelah ayah kami juga akan menziarah pusara arwah atok Yassin dan atok Munah untuk sedekah Al-Fatihah kepada mereka.Kebiasaannya aku dan ayah akan bertolak pulang ke Kajang pada raya keempat atau kelima bergantung pada keadaan :) tetapi selalunya sebelum pulang ke Kajang kami akan ke Batu Pahat dan singgah di rumah moksu (Adik Ayah Yang Bongsu) dan rumah pokder (Adik Ayah Ketiga)


 
gambar aku dan sepupu sebelah arwah mak di kampung Negeri Sembilan 




      P/S              :  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN :)