Sunday, 11 May 2014

KISAH SILAM AKU SEBELUM SAMBUNG BELAJAR DI KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETIC (KTAC),TAMAN MALURI,CHERAS

Selepas 2 minggu ayah dan mummy bernikah aku mendaftar untuk sambung belajar di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic (KTAC),Taman Maluri dan aku memilih jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Katering kerana memang minat aku sejak dulu lagi di dalam bidang masakan.Sebelum ini selepas tamat sekolah menengah aku terus memohon untuk masuk ke Giat Mara aku memohon kursus Masakan dan Pramusaji di mana ia melibatkan bidang masakan dan bidang penghidangan yang ada di dalam industri perhotelan di sini aku hanya mengambil sijil kemahiran tahap 1.Di mana aku belajar di Giat Mara hanya selama 6 bulan sahaja di sini aku hanya belajar perkara asas seperti menghidang cara Melayu,menghidang cara Cina,menghidang cara India dan banyak lagi manakala bagi masakan pula aku banyak belajar masakan melayu dan juga masakan barat bagi hidangan utama,dessert dan appetizer di sini banyak pengalaman yang aku dapat untuk aku praktikkan di dalam bidang masakan dan perhotelan 

Selepas 2 minggu aku habis Giat Mara aku menerima tawaran sambung belajar Pra Diploma Perdagangan di Universiti Teknologi Mara ( UITM ) kampus Melang cawangan Negeri Sembilan.Pada masa itu aku gembira tapi sedih sebab aku baru sahaja habis belajar di Giat Mara tiba - tiba dapat tawaran belajar dalam masa yang singkat memamg mengejutkan aku kerana aku baru sahaja ingin membebaskan tekanan yang aku hadapi sepanjang aku belajar di Giat Mara.Pada masa yang sama ahli keluarga aku menyuruh aku sambung belajar di Universiti Teknologi Mara ( UITM ) kampus Melang cawangan Negeri Sembilan kerana ini peluang aku untuk sambung belajar di Universiti Teknologi Mara ( UITM ) walaupun hanya Pra Diploma tetapi mungkin ada rezeki aku untuk sambung belajar di Universiti Teknologi Mara kampus lain dan cawangan lain.Pada mulanya aku memberitahu ayah yang aku tak nak pergi ke Universiti Teknologi Mara ( UITM ) kerana hati aku belum ada keinginan untuk sambung belajar lagi selepas habis Giat Mara tetapi atas nasihat keluarga aku pergi juga ke Universiti Teknologi Mara kampus Melang cawangan Negeri Sembilan kerana aku malas nak bertelagah dengan keluarga aku terutama sekali kakak aku.Ketika belajar di Universiti Teknologi Mara nie aku banyak belajar erti persahabatan yang sebenar,belajar untuk hidup berdikari dan sebagainya tetapi aku tetap akan balik ke Kajang setiap minggu tidak kira sama ada program atau tidak di kampus aku dan jika tidak pun aku akan balik ke kampung arwah mak aku di Kampung Bukit Kerdas,Batu Kikir,Negeri Sembilan kerana kampus Universiti Teknologi Mara aku dekat dengan kampung arwah mak aku.

Namun keputusan peperiksaan akhir aku di Pra Diploma tidak mengizinkan aku untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma di Universiti Teknologi Mara kerana gred purata keputusan peperiksaan akhir aku tidak melayakkan aku untuk menyambung pelajaran aku ke peringkat Diploma.Apabila keluarga aku bising tentang kegagalan aku untuk menyambung pelajaran aku ke peringkat Diploma di Universiti Teknologi Mara ( UITM ) aku hanya mendiamkan diri kerana aku malas nak bertelagah pasal benda yang sudah menjadi bubur.Namun pada masa yang sama kakak aku mengamuk sakan dengan aku kerana dia yang memohonkan kemasukan aku ke Pra Diploma di Universiti Teknologi Mara dan apabila aku tahu yang dia yang mohonkan aku mengamuk sakan kerana dia mohon kemasukan aku ke Pra Diploma tersebut tanpa pengetahuan dan bertanya kepada aku dulu sama ada aku setuju atau tidak dengan dia tolong mohonkan aku kemasukan ke Pra Diploma tersebut.Kakak aku terus terdiam kerana dia tahu memang salah dia kerana buat keputusan untuk aku tanpa berbincang dengan aku terlebih dahulu.Memang menjadi kemarahan aku jika seseorang membuat keputusan untuk aku tanpa berbincang terlebih dahulu dengan aku sebagai tuan empunya badan.


4 comments:

  1. salam sis ,nak tanya kalau masok giatmara , ambil sijil pastu continue study diploma kat poli or uitm memang dapat eh?
    harap sis balas secepat mungkin :D ni email saye snursabfina@gmail.com

    tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kea? :o
      Sy harap boleh sambung diploma guna sijil giatmara :'(

      Delete
    2. Boleh kea? :o
      Sy harap boleh sambung diploma guna sijil giatmara :'(

      Delete
  2. Mmg x mampu dr segi kognitif..itu je nk cakap.

    ReplyDelete