Setelah sekian lama aku menghilang diri dari dunia blog kini aku kembali mengaktifkan diri di dunia blog.Aku menghilangkan diri kerana ada masalah keluarga di mana masalah ini timbul disebabkan ayah aku menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi selepas 5 tahun ayah keseorangan tanpa ditemani seorang isteri setelah kami semua kehilangan permata yang kami sayangi di dalam keluarga kami iaitu ibu 5 tahun yang lalu.Arwah ibu meninggalkan kami sekeluarga pada 21 februari 2009 kerana arwah ibu menghidap kanser paru-pary tahap keempat di mana kami sekeluarga dapat tahu mengenai penyakit arwah ibu kami kira-kira 2 minggu sebelum arwah ibu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang.Pada ketika itu aku masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian,Kajang di Tingkatan 5 dan pada tahun itu juga aku akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di mana bagi diri aku adalah peperiksaan yang penting bagi diri aku kerana ia adalah penentu masa depan aku.Aku tetap redha dengan takdir ALLAH yang telah ditetapkan olehNYA kepada keluarga kami.
Selepas arwah ibu meninggalkan aku meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini kehidupan aku berubah kerana hilangnya kasih sayang dan perhatian seorang ibu di dalam kehidupan aku kerana pada ketika usia 17 tahun aku masih memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang ibu untuk mengelakkan aku daripada terpengaruh dengan budaya negatif di luar sana.Sejak arwah ibu tiada aku dan kakak sering bergaduh kerana hanya disebabkan hal yang kecil kerana sejak arwah ibu ada lagi aku dan kakak sering bergaduh tetapi tidak melibatkan senjata tajam sepeti pisau,gunting dan sebagainya tetapi sejak arwah ibu tiada lagi senjata tajam sering menjadi alat untuk aku baling ke arah kakak aku ketika kami sedang bergaduh kebetulan pula aku seorang yang panas baran begitu juga kakak aku jadi bila kami bergaduh tiada siapa yang menang dan tiada siapa yang kalah kerana kami berdua akan diam bila masing-masing dah x ada idea untuk melawan antara satu sama lain
Tapi keadaan sama sekali berubah apabila ayah memberitahu kakak dan aku yang dia hendak berkahwin lagi pada 15/06/2013.Pada mulanya ayah hanya memberitahu aku sebulan sebelum majlis kahwin ayah.Aku pada mulanya tak percaya yang ayah akan berkahwin lagi selepas arwah ibu meninggal dunia dan hampir seminggu jugak aku tak bertegur dengan ayah kerana marah ayah ingin berkahwin lagi tetapi lama-kelamaan aku belajar menerima kenyataan yang ayah akan berkahwin.Tetapi ayah dan aku mengambil keputusan untuk merahsiakan dahulu dari kakak aku tapi malangnya ayah suruh anak buah aku yang sulung memberitahu mama dia yang ayah nak kahwin lagi bila aku balik rumah kakak aku lepas tutup kedai aku tunggu jew bila kakak aku nak tanya pasal ayah nak kahwin lagi setelah hampir 2 hari aku menunggu akhirnya kakak aku tanya dengan aku betul ke yang ayah nak kahwin bulan 6 nanti.Aku hanya cakap betul lah then dia tnya bakal mak tiri aku ni asal mana,umur berapa,asal mana,kerja apa,anak berapa dan macam-macam lagi dan aku rasa ada soalan dia yang tiada kena mengena dengan soal ayah nak kahwin lagi sebab bagi aku cukuplah aku lihat ayah aku bahagia dengan bakal mak tiri aku tetapi tidak bagi kakak aku kerana dia takut bakal mak tiri aku habiskan duit ayah yang tidaklah banyak mana
Sebulan sebelum ayah dan bakal mak tiri aku nikah ayah bawak aku jumpa bakal mak tiri aku di Plaza Metro Kajang.Ketika itu aku nak tebus rebet telefon pintar Rm 250 untuk belia berusia 21 tahun ayah beritahu ketika dalam perjalanan nak ke sana ayah cakap yang ayah ajak bakal mak tiri aku ke Plaza Metro Kajang aku yang dengar terkejut sebab aku hanya berpakaian biasa jew untuk ke sana sebab pada sangkaan aku hanya aku dengan ayah jew yang pergi ke Plaza Metro Kajang rupa-rupanya dalam diam ayah telah ajak bakal mak tiri aku sekali tapi aku tidak kisah kerana sebelum ini aku yang beria-ria cakap dengan ayah aku yang aku teringin nak jumpa bakal mak tiri aku.Bila nak jumpa bakal mak tiri aku kali pertama perasaan takut dan risau tu memang ada dalam diri aku ketika itu kerana ini kali pertama aku akan berjumpa bakal mak tiri aku di depan mata.Bila dah jumpa bakal mak tiri aku secara depan mata aku tak sangka yang bakal mak tiri aku seorang yang sporting.Ayah tanya pada bakal mak tiri aku nanti tikah nie nak panggil awak apa cik Awin or aunty Awin.Bakal mak tiri aku cakap x payah nk pnggil cik Awin or aunty Awin panggil Mummy Awin sebab bakal mak tiri aku tak nak ada jurang antara hubungan aku dengan dia hanya kerana panggilan yang berbeza sebab anak bakal mak tiri aku panggil dia Mummy.
No comments:
Post a Comment