Aku mula mengenali Nurul Aizatul ketika hari pertama aku menghantar barang ke rumah sewa aku di Pandan Jaya seminggu sebelum aku pindah masuk ke sana awal bulan 10 tahun lepas kerana aku kesiankan ayah yang terpaksa ulang alik dari Kajang ke Taman Maluri untuk menjemput aku di Kolej selepas aku tamat kuliah di kolej.Rumah sewa aku di Pandan Jaya ini pun Mummy aku yang tolong carikkan dengan bantuan anak saudaranya yang kebetulan belajar satu kolej juga dengan aku di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic,Taman Maluri,Cheras kalau tidak aku sendiri tak tahu aku akan menyewa di mana kerana hanya rumah sewa aku di Pandan Jaya sahaja sewa bulanannya murah sedikit dari Apartment Casa Ria yang terletak betul -betul di hadapan kolej kami.
Pada mula-mula aku masuk ke rumah sewa aku di Pandan Jaya aku seorang yang pemalu dengan rakan serumah pun aku jarang bertegur sapa kerana mereka merupakan senior aku di kolej dan aku pula adalah junior mereka di kolej.Nurul Aizatul adalah orang pertama yang rajin datang bilik aku borak-borak dengan aku dan sebagainya.Tetapi perasaan malu aku masih ada ketika itu kerana aku seorang yang pemalu dengan orang yang belum aku kenal lagi.Tetapi lama kelamaan malu aku semakin berkurangan dan hubungan aku dengan Nurul Aizatul bertambah rapat pada bulan Oktober 2013 sebelum cuti akhir semester bermula kerana sejak itu aku dengan Nurul Aizatul mula keluar makan dan lepak bersama-sama dan sejak dari itu hubungan persahabatan kami rapat sehingga kini
Dan apabila naik semester baru pada awal bulan Disember 2013 rakan serumah aku yang lain terkejut kerana sifat pemalu yang ada pada diri aku pada semester yang lalu hilang begitu sahaja kerana apabila naik semester perangai aku lain kerana sejak dari naik semester yang baru aku asyik mengacau rakan serumah aku yang lain,meriuhkan rumah sewa aku di Pandan Jaya dengan bebelan,jeritan dan sebagainya di rumah sewa aku di Pandan Jaya.Nurul Aizatul pun terkejut bila naik semester baru nie Nurul Aizatul cakap aku punya sifat malu-malu kucing sudah hilang kucing pula yang malu dengan aku hahahahaha kurang asam punyer Nurul Aizatul tapi memang kenyataan pun apa yang Nurul Aizatul cakap tu memang benar.Sejak dari itu aku dengan Nurul Aizatul sering keluar ke mana- mana bersama- sama boleh dikatakan di mana ada aku di situ Nurul Aizatul akan berada juga kami ibarat seperti adik beradik.Dan aku dah anggap Nurul Aizatul sebagai adik aku kerana aku tiada adik perempuan dalam keluarga yang ada hanya adik tiri lelaki.Di rumah sewa jika Nurul Aizatul ada masalah aku sedia mendengar masalah dia dan aku akan tolong setakat mana yang aku mampu tolong.Kadang-kadang jika aku ada masalah aku pun aku akan ceritakan masalah aku pada Nurul Aizatul juga kerana kami berdua adalah best friend forever ( BFF )
Dan sejak naik semester baru nie Nurul Aizatul sudah beberapa kali ikut aku balik ke Kajang kerana aku tahu jika aku tiada di rumah sewa dia akan berasa bosan kerana tiada orang yang menyakat dia sehingga dia merajuk,masak maggi khas untuk dia,mengambil berat tentang diri dan kesihatan dia di sana kerana aku tahu Nurul Aizatul tak berapa sihat seperti rakan serumah kami yang lain kepada rakan serumah yang lain jangan terasa bila akak bawak Nurul ke Kajang
No comments:
Post a Comment