Wednesday, 23 January 2013

BERJUMPA DENGAN ADIK ANGKAT (HASLIENA)

 Macam mana aku boleh berjumpa dengan Hasliena yang merupakan adik angkat aku ianya hanya secara kebetulan kerana keluarga aku merancang untuk mengadakan  Kenduri Tahlil,Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi anak buah aku pada 20 Januari 2013 bersamaan hari Ahad.Pada mulanya aku menelefon Amiza kerana sudah lama kami tidak berjumpa dan aku terus menjemput dia serta ahli keluarganya untuk menghadiri Kenduri Tahlil,Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi anak buah aku.3 hari sebelum Kenduri Tahlil,Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi anak buah aku telah menelefon Amiza sekali lagi untuk mengingatkan dia supaya membawa novel SUAMI AKU USTAZ kerana dulu dia nak bagi semasa kami serta saudara mara yang lain bercuti di Pantai Bagan Lalang,Sepang entah macam mana dia bawak balik novel tu ke rumah dia apa pun tidak boleh (APTB)

Pada masa yang sama dia meminta izin aku untuk membawa Hasliena datang sekali ke Kenduri Tahlil,Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi anak buah aku cakap bawak je tapi Amiza cakap dia tak janji boleh bawak Hasliena kew x sbb dia perlu minta kebenaran dari ibu bapa Hasliena terlebih dahulu kerana Hasliena masih di bawah tanggungan ibu bapanya.Selepas itu aku menelefon Hasliena untuk menjemputnya secara rasmi kerana bagi aku tidak manis jika tuan rumah tidak menjemput tetamunya sendiri dengan hanya mewakilkan pada orang lain.Sehari sebelum Kenduri Tahlil,Doa Selamat dan Sambutan Birthday anak buah aku malam itu memang suasana rumah kami riuh rendah untuk menyiapkan segala persiapan terakhir untuk memastikan majlis tersebut berjalan lancar dan sempurna

Pada sebelah pagi sebelum majlis bermula aku menolong ahli keluarga yang mana perlu pertolongan dari aku ketika itu untuk memastikan segalanya sempurna.Selepas itu aku menolong pakcik aku yang menyusun meja di bawah khemah dengan menolong pasang alas meja dan juga menyusun kerusi di setiap meja untuk memudahkan tetamu yang hadir menjamu selera dan pada masa yang sama Amiza bersama ahli keluarganya termasuk Hasliena telah sampai aku yang ketika itu hanya memakai t-shirt dan seluar track malu dengan Hasliena dengan keadaan aku tidak ubah seperti ORANG GILA SAHAJA :).Aku menjemput Amiza serta ahli keluarganya serta Hasliena masuk dan aku mengajak Amiza dan Hasliena masuk ke bilik aku di tingkat atas untuk memilih novel untuk mereka berdua pinjam :) selepas itu mereka berdua turun untuk makan nasi lemak dan sebagainya di bawah.Lantas aku segera bersiap untuk melayan tetamu istimewa :) dan selepas Amiza dan Hasliena makan aku berbual kosong dengan dia di ruang tamu 30 minit selepas itu aku menjemput Amiza dan Hasliena makan nasi beriani yang kami tempah dari pihak katering sambil dia makan aku mengacau Hasliena hanya tersenyum senyumannya itu buat aku bertambah geram ( adik liena jangan marah taw akk gurau jew)
hasliena yang memakai tudung berwarna hitam


P/S : ADIK LIENA TERIMA KASIH SEBAB SUDI DATANG LIENA JANGAN MALU - MALU DATANG RUMAH AKAK :)



No comments:

Post a Comment