Pengalaman menyedihkan ini berlaku pada Hari Raya Aidilfitri 3 tahun yang lalu kerana kami sekeluarga baru sahaja kehilangan 3 insan yang penting dalam kehidupan kami bermula dengan ibu kepada ayah iaitu atok Munah 11.08.2008,ayah kepada ayah kami iaitu atuk Yassin (07.02.2009) selang 2 bulan 9 hari dari mak kepada ayah kami.dan ibu kesayangan kami pada (21.02.2009) selang 2 minggu dari ayah kepada ayah kami.Jadi raya tahun 2009 menjadi raya yang sayu bagi aku sekeluarga dan saudara mara sebelah ayah kerana kami semua baru kehilangan orang tersayang kami pada tahun ini.Namun aku sekeluarga dan saudara mara redha dengan segala ketentuan dari-NYA
Pada tahun ini aku dan keluarga beraya di kampung arwah mak di Negeri Sembilan Darul Khusus,namun raya tahun ini raya paling sunyi dan sayu di kampung Negeri Sembilan kerana selalunya arwah mak menjadi orang penting di dapur menjelangnya Hari Raya Aidilfitri di kampung Negeri Sembilan Darul Khusus.Tetapi pada tahun 2009 kesemua adik beradik arwah menjadi kelam kabut pada pagi raya kerana belum siap masak sepenuhnya pada pagi hari raya kerana selalunya arwah mak akan mengejutkan diaorang 2 - 3 jam awal untuk menyiapkan juadah di pagi raya.Aku pula apabila bangun jew dari tidur pada pagi Hari Raya terus menangis sebaik mendengar Takbir Hari Raya di Televisyen (TV) tiba-tiba hati aku menjadi sayu kerana teringatkan arwah mak yang telah tiada menyambut Hari Raya bersama kami sekeluarga tahun nie :(
No comments:
Post a Comment