Saturday, 11 August 2012

PENGALAMAN HARI RAYA AIDILFITRI








Kehadiran bulan Syawal atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri amat dinanti-nantikan oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa kerana pada waktu ini kita dapat berkumpul beramai-ramai bersama saudara mara untuk menyediakan juadah pada pagi raya

ARWAH MAK
bercerita tentang pengalaman aku di Hari Raya Aidilfitri memang banyak kenangan yang x dapat aku lupakan kerana setiap tahun kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi pada tahun 2009 aku rasa Hari Raya yang pling sedih buat kami sekeluarga kerana kami  baru sahaja kehilangan insan yang kami sayangi iaitu ibu kami yang bernama Maimunah binti Ahmad pada 21 Februari 2009.Pada hari raya pertama aku berasa sayu dan sedih apabila terdengar takbir di televisyen (TV) kerana teringatkan arwah mak yang tiada menyambut Hari Raya bersama kami sekeluarga seperti tahun2 sebelumnya tapi apa2 pun aku redha dengan ketentuan-NYA alhamdulillah aku masih ada ayah,kakak,abg ipar dan saudara mara sebelah arwah mak dan ayah yang memberi semangat kepada aku kerana tahun itu juga aku akan menghadapi peperiksaan terpenting dalam hidup aku iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kenangan raya kedua bagi aku ialah beraya di Kajang pada tahun 2007 kerana kakak aku telah melahirkan cahaya mata pertamanya seminggu sebelum Hari Raya so kami sekeluarga beraya di Kajang sahaja kerana kakak aku masih dalam pantang lagi ketika Hari Raya kami sekeluarga beraya dengan sederhana dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami iaitu anak buah pertama aku yang diberi nama Nik Zarief Amin.Pada hari raya kedua keluarga kami menerima kunjungan dari saudara mara sebelah ayah yang berkonvoi beramai2 beraya di rumah kakak aku di Saujana Impian,Kajang pada waktu meriah sekali rumah kami kerana semua adik beradik ayah aku berkumpul di sana untuk berjumpa dengan ahli keluarga baru kami.Masa aku kecil dulu aku suka bermain bunga api bersama2 sepupu2 yang lain dan sepupu2 kami yang lebih dewasa dari kami akan bermaib meriam buluh tetapi skang nie dh x ada generasi seperti kami yang akan main bunga api bersama2 sepupu2 yang lain kerana mereka semua dduk di depan laptop,telefon mudah alih kerana di kampung sebelah arwah mak pak cik aku yang tinggal di kampung telah pasang wireless (WIFI) tetapi berbeza di kampung sebelah ayah aku di Muar aku dan sepupu2 aku yang lain akan bermain bunga api dan mercun ianya diteruskan sehingga kini walaupun kami semua sudah dewasa:)


anak buah aku yang dilahirkan seminggu sebelum hari raya pada tahun 2007





P/S :SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN :)

No comments:

Post a Comment