Saturday, 11 August 2012

PENGALAMAN MEMPUNYAI ADIK ANGKAT



Aku merupakan anak bongsu daripada 2 adik beradik so aku mmg x mempunyai adik di bawah aku.Siapa kata anak bongsu dalam keluarga anak manja x semestinya seseorang tu anak tunggal or anak bongsu dia akan menjadi anak manja dalam keluarga.Tidak semestinya anak tunggal or anak bongsu nie sorang yang manja ianya bergantung pada didikan ibu bapa ini adalah pendapat aku tentang anak tunggal or anak bongsu merupakan anak manja

Berbalik pada tajuk aku 'Mempunyai Adik Angkat ".Aku sekarang mempunyai adik angkat yang juga merupakan kawan baik sepupu aku sendiri yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA.Aku dan juga adik angkat aku mempunyai hobi yang sama iaitu membaca novel yang berkisahkan percintaan dan membuat kerja gila bila kami kebosanan di masa lapang yang selalu menjadi mangsa kerja gila kami sepupu aku sendiri kerana sepupu aku yang geli tengok cover sebuah novel bertajuk "CINTA KONTRAK" hasil karya oleh Nurul Ain Syuhada.Kami berdua berpakat mahu mengenakan sepupu aku nie bila aku bg dia pinjam novel aku akan selitkan novel "CINTA KONTRAK" aku dengan adik angkat aku ingin melihat sejauh mana dia geli dengan cover novel "CINTA KONTRAK" tersebut.Hahahaha jahatkan kami berdua

Aku sering tanya dia tentang pelajarannya di sekolah kerana tahun hadapan dia akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang mana mulai tahun hadapan mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran wajib LULUS bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 so aku x nk dia main2 semasa dia di Tingkatan 4 nie kerana aku takut tahun hadapan dia x dapat catch up syllabus bagi Tingkatan 4 dan juga Tingkatan 5.Jika dia ada masalah dalam subjek Bahasa Inggeris aku cuba membantu dia sampai mana yang aku mampu tolong walaupun pada hakikatnya Grammar atau Tatabahasa aku berterabur paling tidak pun aku berusaha untuk menguasai bahasa kedua selepas bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu :)

Dan jika dia ada masalah dia sering merujuk kepada aku untuk cari jalan penyelesaian terbaik bagi masalah yang dia hadapi tetapi tidak semua masalah dia kongsi dengan aku seperti masalah peribadi,keluarga dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment