Tuesday, 21 August 2012

SUASANA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012

Hari Raya Aidilfitri aku akan beraya di kampung arwah mak di Negeri Sembilan sebelum balik ke kampung ayah di Muar,Johor Darul Takzim pada raya kedua kerana itu adalah jadual pergiliran balik kampung keluarga aku sebelum arwah mak aku meninggal lagi.Pada sebelah malam kampung arwah mak meriah dengan kepulangan saudara mara ke kampung dan berbuka beramai-ramai di halaman rumah uwan bersama saudara mara yang lain selepas berbuka puasa halaman rumah wan dimeriahkan dengan bunyi mercun dan kanak-kanak menjerit keriangan bermain bunga api.

Pada tahun nie tradisi lama dihidupkan kembali oleh Pak Andak yang merupakan adik arwah mak dengan membeli pelbagai bunga api dan mercun.Yang beza tahun nie dan tahun-tahun sebelumnya semua semua sepupu aku tidak menghadap laptop di dalam rumah uwan kerana wireless (WIFI ) rosak semua sudah bosan kerana tidak boleh buat apa2 sebab selalunya WIFI elok masing2 dduk menghadap lptop dan handphone masing-masing untuk melayari internet dan laman sosial facebook (FB) dan sebagainya.

Pada tahun nie tema baju raya kami sekeluarga warna warni :) sebab kami semua beli baju raya di saat akhir menjelang Hari Raya Aidilfitri kerana kesibukan menguruskan Perniagaan Baju Kanak-Kanak dan Keperluan Ibu Mengandung dan Ibu Menyusu.Aku hanya pakai baju raya yang aku tempah pada tahun lepas dan aku tak pakai pada raya tahun lepas.

Pada raya kedua aku dan ayah bertolak balik ke Muar,Johor Darul Takzim untuk berkumpul dengan saudara mara sebelah ayah kami juga akan menziarah pusara arwah atok Yassin dan atok Munah untuk sedekah Al-Fatihah kepada mereka.Kebiasaannya aku dan ayah akan bertolak pulang ke Kajang pada raya keempat atau kelima bergantung pada keadaan :) tetapi selalunya sebelum pulang ke Kajang kami akan ke Batu Pahat dan singgah di rumah moksu (Adik Ayah Yang Bongsu) dan rumah pokder (Adik Ayah Ketiga)


 
gambar aku dan sepupu sebelah arwah mak di kampung Negeri Sembilan 




      P/S              :  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN :)
                            



No comments:

Post a Comment